Majlis Pertunangan Yuyu Rashid

 Assalamualaikum..
Yeeehaaaaa, dah dapat laptop baru dah so dah boleh update blog bebanyak lepas ni. Dok berangan nak buat tutorial bebanyak dekat youtube nanti. Biar korang rasa semak dan menyampah . hewhew ! Alhamdulillah lega Pencarian Nona Manis dah tamat setelah berlangsung 4 bulan. phewwww.. penat wei. Penat sangat sangat , jangan ingat kami semua tak penat sebab task nya yang mencabar , menguji minda. Alhamdulillah , yuyu dapat masuk Top5 Pencarian Nona Manis. Mungkin rezeki nak kawen kot. Oooopss ! 

Yuyu malaih ah nak cerita cane yuyu boleh kenai tunang yuyu ni. Kalau nak tau serba sedikit pasal #yuyurashidjourney ni boleh tengok dekat instagram  @yuyurashid.cm .Tapi yg yuyu nak habaq mai , yuyu xpernah couple dgn situnang yuyu ni. Orang kata , kalau dah jodoh , masa dah sesuai and Allah tetapkan dah tiba maka bertunanglah kome. Kun fayakun.

Allah pertemukan kita dgn orang yang salah sebelum jumpa dengan orang yg betul. sebab apa ? sebab Allah tu Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Kita hanya merancang  tetapi Dialah yang menentukan segala galanya. Actually , yuyu terfikir betul jugak lumrah hidup. Hidup ni bukan ada satu warna tetapi banyak warna. Ada pahit , manis  .. orang kata liku liku kehidupan. cuma yuyu nk cakap sikit ni sbb yuyu rasa yang mana dok couple lama lama tu sbnrnya buang masa , buang tenaga tapi tambah dosa. Kita dok couple, mcm mcm dokk buat mengalahkan laki bini. Wallahualam.  Tapi last last , dok sedih dok meroyan dok terhegeh hegeh , jatuh maruah. Kalau betul serious , kenapa melambatkan benda yang elok ? benda yang halal. Nikah ni mudah , cuma kita yang merumitkan. Bagi alasan itu ini , kenapa ? Nak bagi alasan takdak duit , takdak itu ini.. padahal lepas nikah tu nanti rezeki akan bertambah. Ingat... Allah itu Maha Adil , Maha Penyayang.
Ikut adat Melayu , "selagi tak kaya jangan nikah" , ikut syariat islam.. "Nak kaya , nikah ".

Adeih.. kang yuyu dah jd ustajahh pulak. Bukan apa, ni based on my experience la. Yuyu just menyampah nengok bebudak sekarang dok happy annivesary bagai.. padahal tak kawen lagi. Okay dah, malas nak membebel. *Ni dah melalut ke lautan hindi dah ni padahal nak ceghita pasai tunang aku -.-'


Yuyu bertunang pada 14 March 2015. Alhamdulillah.
Bagi yuyu, yuyu tak buat besar besaran just buat ala kadar je. Itu dah cukup memadai . yuyu just ajak kawan kawan yang terdekat sahaja. Kalau tak silap yuyu dalam RM800. Cincin lelaki and yang lain sponsor -.-' heeeee .. Sorry jangan marah ! Tapi Alhamdulillah la.. semua berjalan dgn lancar. Masa tunggu family tunang tu datang , agak nervous la. Malu.  Bila yuyu dipanggil keluar , duduk and dengar pakcik yuyu dgn pakcik dia berpantun. yuyu boleh gelak lagi. Masa baca doa, dalam kepala yuyu macam tak percaya. yuyu rasa bersyukur sangat sebab yuyu dah jumpa orang yang betul. Seriously.. Syukur + Sedih bila banyak kali Yuyu bandingkan sejarah yuyu yang dulu and yang sekarang... yang sekarang jauh lebih baik. Bagi Yuyu , tunang yuyu ni perfect.. sangat memahami, sangat menjaga yuyu and firasat Yuyu boleh katakan 100% yuyu percaya yang dia memang betul betul nak aku jadikan isteri dia.  Alhamdulillah syukur ya Allah..one step closer is done.





Orang kata jangan membazir .. kita buat lah sederhana selagi mampu. Makeup sendiri , Jurupakaikan veil tu kak anis. Lebih kurenggg rapat laa . so sesape nak yuyu makeupkan masa tunang boleh jer :) yuyu belajar makeup pun masa shooting tengok mua makeupkan then tanya sikit sikit. hehe..


tudiaaa dah sampai.. tapi sorry sbb ramai tanya mane gambar tunang yuyu, yep.. yuyu sorokkan sape tunang yuyu before kawen dulu sorokk ada sebab tersendiri. Ceghita dia sebab masa first kenai tu.. hehe. Nanti kite ceghita sebab apa yuyu sorok :)



*Ni first time abah berjumpa dengan ayah tunang yuyu. Family yuyu pun xpernah lg jumpa family dia just cakap dlm phone je sebab kitorg memang baru baru kenal dua tiga bulan. yuyu pun tak percaya -.-




*Menunggu yuyu lettew .. aish , nervous pulak kitew


*tudiaaaa.. keluar keluar tengok ramainya orangg.OMG !



Jangan ditanya kenapa jariku sebegini. Tengah segan silu , malu tanpa henti. 



*ni dok gelak sebab dorang berpantun. Tak terfikir nak merakam pulak. hahaha






 Alhamdulillah. Yuyu bersyukur sangat sangat. Allah je tau :') Sebenarnya jodoh ni datang tanpa diduga . Btw, doakan kami utk majlis yang tak lama lagi dah . Semoga berjalan dgn lancar, amin.

Goodnight .


Tutorial Makeup V'Asia - Yuyurashid

Hai , Assalamualaikum..

Choii , susah nya nak update blog ni sebab laptop rosak. Setiap kali nak on .. laptop terpadam. Bila nak menaip , die terpadam. Sadis sungguh hati ini. Banyak dah yuyu ketinggalan nak kongsikan cerita nih.. aishhhh.. nampak gayanye kena kumpul duit beli laptop baru , baru ler senang nak update blog and video tutorial ni. kihkih..

Okay , malas nak merapu panjang panjang.. Kali ni yuyu nak share pasal makeup. Haaa, sape suka makeup ? Mesti lah ramai suka makeup kan ? Cuma ada yang taktahu nak guna alat solekan daripada mana.. Sebelum ni ada yang tanya yuyu guna pensil apa kat kening tu . Ada yang tanya pakai foundation apa, lipstic apa , eyeshadow apa.. kite susah la nak jawab sengsorang awaaaa. Saya tak kuaddd :p

So , thats why lah yuyu update hari ni untuk kongsikan alat solekan yang sesuai untuk korang sume, tak kira lah umur berapa tahun sekali pun sangat lah bersesuaian untuk digunakannya. Yuyu gunakan alat solekan daripada V'ASIA OFFICIAL . Korang bolehlah follow instagram V'asia tu ye, macam macam ade.. sekarang ni ada promosi daripada dorang. Korang boleh dapatkan lipstic, mascara, foundation ,bedak dalam satu set dengan harga RM69 sahaja ! 

Apa kata korang tengok dulu video yuyu ni, tapi korang kena slowkan lagu blog yuyu dulu dibawah sekali then baru lah tekan play untuk tengok video yuyu ni :) 



Amacam ? Menarik tak harga promosi V'Asia ni ? Nak tengok tutorial kena lah pergi channel youtube Yuyurashid . Tapi sebelum yuyu update video tutorial makeup tu , korang boleh tengok hasil yuyu pakai alat solekan daripada V'asia ni dulu :)








Apa lagi , cepat p serbu V 'asia untuk dapatkan alat solekan ni . Semua daripada alat solekan V asia , tengok ler hasilnye. hehee, nanti tutorial video yuyu upload kat youtube. Stay tuned tau ! Kena baiki laptop dulu :'( 


Hargailah Kenangan Masa Belajar

Assalamualaikum..

Hari ni ade mood sikit nak berceloteh dalam blog ni sebab tetiba rindu kenangan masa belajar. hmmmm..   pfffft, bila difikir balik sebenarnya susah jugak kan kalau kita tak minat sesuatu tu then kita terpaksa amik untuk belajar and paksa untuk minat kadang kadang  berjaya tetapi kadangkala ada yang tersungkur di tengah jalan.  Nak bercerita pasal minat , hobi ni panjang lebar pulak kang tah pape pulak yang terkeluar. kuikui..

Okay .

 Contohnya aku , dulu masa sekolah rendah bukan main cita cita nak jadi doktor. Haha , alah angan angan budak sekolah rendah biasalah nak hebat hebat belaka tapi kira bagus lah aku ni at least ade lah jugak cita cita .  Haha, kalau takde cita cita tu taktahu lah nak cakap apa sebab kita hidup ni ade tanggungjawab bukan hidup tanpa tanggungjawab. hmm. Sekolah rendah ni aku tak rindu sangat , sebab tah. Aku tak berapa nak ingat cuma aku ingat masa tadika. Bagi aku , tadika was so fun. Masa tu aku cepat belajar and kenal kawan kawan.. bestnyaaaaa (berangan jadi budak tadika sat noh ) Haaa, baru aku teringat mase sekolah rendah tu aku selalu gak dapat nombor satu , dua , tiga sebab ade tiga orang kawan sekolah rendah yang aku selalu betting dlm exam. So , kalau nak berjaya biar ade hasad dengki tetapi dalam matapelajaran je lah jangan benda lain pulak. Tapi jangan sampai kedekut ilmu , sebab bila kita dengki orang dapat highest mark , kita pun nak grab highest mark jugak. Kan bagus cenggitu . Itulah yuyu yang rajin dulu sekarang susah nak tengok yuyu rajin macam zaman kecik dulu mungkin disebabkan peredaran zaman. Zaman terlalu senang sebab tu jadi malas. Aih , meh nak tampar sikit yuyu ni ! paaaaaapppp *

Tapi kannnnn.. tapi kannnnn.. bila masuk sekolah menengah , aku dapat aliran sains + account. Sains pulak bukan pure science tau , just fizik and kimia yang lain subject basic and account  + ict .Aku ni tak berapa minat account tetapi hentam sajalah tapi boleh lah bawak cumanya liat lah sikit. Bila cerita pasal sekolah menengah ni , aku pulak rindu time jadi pengawas. Aishhh, masa tidak dapat diputarkan. So , sayangilah masa sekolah. Umur pun takkan kembali muda. Masa tu lah kita ade kantin sekolah , ade cikgu , pengetua , pengawas , parents datang amik. Since sekolah rendah until sekolah menengah memang aku jadi pengawas. Tak tahu lah kenapa padahal aku ni bukan displin sangat pun cuma kalau cikgu bagi tugas tu , aku tegas la jaga budak budak. Well hebat bukan ? WEKKK.. haha ! Ini semua poyo. Tambah tambah lagi bila tingkatan dua - empat sebagai pengawas perpustakaan . Setiap kali time rehat , aku tak g makan just g library sebab nak save duit. Then duduk library jaga lib , bagus kan aku  ? Ade la manfaat jugak save duit . So , weekend boleh keluar. Haha! Teruk.



Dulu selalu gak la bawak kamera, biasalah pengawas. haha, dulu mana boleh bawak gadget ke sekolah nanti kena rampas. Tapi disebabkan kitorang pengawas hentam jelah.

nakal kan ? masa ni kitorang ade study group then aku tukar tudung dgn bestie aku si nadia tu. pastu dok posing macam macam. Lol, memang seriously macam budak -.-



Ini je ada gambar sekolah menengah , Sedih  , sebab gambar gambar sekolah rendah takde sangat and gmbr sekolah menengah pun dah hilang . Maybe ade dengan kawan kawan sekolah sebab dulu save dalam komputer dalam bilik bila komputer tu rosak aku dah takleh nak selamatkan. Hancuuusssss~

Bila masuk diploma Acc ni , aku berdikari . Nangis jugak la bila kena independent. Sape tak nangis mak oih , sometimes duit mara tu pun tak cukup sebab kena duduk umah sewa , bayar air , letrik , makan minum , yuran , tambang teksi, buku . Bila dah sampai sem 4 ,5 aku dah tak mintak duit parents dah . Selalunya tambah jugak duit parents , tapi masa tu aku dah rasa macam malu nak mitak maybe dah besar lah kot. Then aku buat keje jual tudung kat page @cmfashionablestyle tu . Partner dengan sorang housemate aku . Alhamdulillah  , cukup lah jugak itupun jadi dropship je mampooo. Tapi kena tambah dengan nak bayar internet lagi langgan guna mobile je sebab takde wifi kat umah sewa . Sumpah , susahnya nak cari duit . Orang kaya maybe tak rasa lah kot betapa susahnya cari duit bila ingat balik macam mana parents kita susah nak besarkan kita and cari duit untuk beli pakaian ,makan minum kita . Berapa banyak dah dorang habiskan untuk kita :'(

Tetapi masa diploma ni lah aku rasa housemate aku macam family aku sendiri . Sumpah , sedih :'( Yes , honestly aku memang rindukan dorang sekarang ni . Dulu zaman study , dorang gila gila.. kepoh , sebab tu boleh masuk kepala sekarang ade yang dah kawin. hmmm , Dorang pun tau aku macam mana , dorang selalu support aku , dorang nasihat aku , gaduh ke baik ke semua macam air dicincang takkan putus . Seriously , sebab dengan dorang tiap tiap hari menghadap muka , masak sama sama , solat terawih sama sama. Memang masa takleh diputarkan balikkkk.. Ya Allah , still terngiang ngiang kenangan masa diploma..




















Hargailah setiap masa. sobs sobssss , i really miss them so much :'( masing masing dah ade life . Sedihnya , setiap pertemuan pasti ade perpisahan . Semoga kita dapat berjumpa lagi sahabat . Will miss you especially to my housemate 13 people + 2Nfi . Korang sahabat yang terbaik walaupun berjauhan , rindu nak dengar bunyi bising kat umah sewa . K , foine. Takleh nak taipppp.. sebakkkkkkkkkkkkk~





Natural Beauty with Make Up Based from Hansaegee Nature

Assalamualaikum..

Meh sini , aku nak share something yang sangat sangat awesome. Korang pernah tak rasa malas gila bila nak keluar rumah jumpa kengkawan ke boyfriend ke sape sape jela pastu kena tampal bedak banyak banyak then bila kau tampal bedak bagi putih melepak and flawless *kononnya kau yakin dgn bedak banyak tu kau dah rasa muka kau dah cukup flawless padahal bila dah lama pakai, bedak tu melekat dgn peluh peluh kat muka kau pastu jd bertompok tompok . Bukan ke kau rasa nak kena tambah balik bedak tu kat muka kau kan ? Perghhh , kalau aku dah malas nak tampal banyak kali. Tambah tambah lagi bila time keluar pastu nak solat. Then lepas solat , aku selalu nengok perempuan tambah balik bedak dia. Leceh betul ! Pastu bila kau balik , kau kena cuci habis habisan takut bakteria merebak kat muka kau. Kalau yang dah malas nak cuci tu , taktahu la bedak tu dah melekat kat pori pori kau berapa banyak pastu jadi blackhead . Bila guna mikroskop , kau sendiri rasa ewww, geli + muntah. Walhal tu muka kau sendiri.


Ish.. kalau aku pun taknak lah macam tu . Yela kann.. perempuan mana taknak cantik sebab perempuan ni suka tengok benda yang cantik. Tipu la kalau orang tu cakap " Eh , saya tak suka makeup, tak pernah pun pakai apa apa produk." Aku tak percaya sangat kalau ada jenis yang macam ni. Pdhl , kau sendiri pakai cumanya nak bagi nampak natural je kan sebab tu orang puji kau natural gila muka. Hahaha. Korang mesti nak muka flawless ala ala korea kan ? mesti ada yang jenis taknak muka macam badut yang selalu kena makeup and boyfriend kau tunggu berjam jam. Pastu kalau yang suka mekap tebal tebal mesti nak makeup kau tu long lasting forever ever and nampak glowing + shining  tak gitewww kan ? 


Haaaaa.. itulah sebab aku nak share produk yang terbaik aku pakai . Aku pakai produk ni , seriously aku cakap memang macam korea. Haha , bukan nak perasan tau. Aku nak story sikit masa first day aku pakai produk ni , masa tu aku jengjalan kat shopping mall dgn kakak aku sbb kakak aku nk beli skincare then orang cina tu tanya nak beli kat sape pastu dia cakap muka aku ni dah okay + putih + flawless . Dalam hati aku ni gelak macam setan dah , sebab rasa berbaloi jugak guna produk ni sebab masa tu dah lama kot aku pakai. Bila aku perhati kat cermin area skincare tu baru aku nampak glowing nya muka aku. Tak sia sia pakai produk Hansaegee Nature , lepas kejadian tersebut aku dah selalu pakai produk ni sebab nya senang. Pakai sekali pun dah cukup untuk satu hari tu kalau lagi lama lagi glowing.



WEBSITE : Hansaegee Nature


Produk Hansaegee Nature yang aku cakap ni Makeup Based No . 10 Green . Korang boleh pakai untuk before makeup pun boleh tapi kalau aku, aku just pakai yang ni pun dah cukup berkesan . 







Senang bawak and korang boleh bawak pegi bercuti ke sebab makeup base ni boleh protect our skin with UV. Tambah tambah lagi , kulit akan jadi lembap and tersangatlah natural ! Oh my, memang aku fall in love lah dengan produk ni ! Dalam banyak banyak makeup base , yang ni lah aku paling suka.








                                                    Before

After
Well, kalau korang rasa nak flawless ala korea giteww. Boleh la guna this one , boleh tahan lama and tak perlu nak tebal tebal sangat. Lepas ni glowing lah muka korang dengan makeup up based ni je . Senang kan , boleh guna makeup based before makeup and makeup based ni jugak boleh guna sbg cream je untuk keluar jengjalan. So , takyah pening pening nak cari produk lain and nak pakai banyak banyak produk. Cukup je yang ni. Kalau korang rasa nak order , Korang boleh make order or refer the ingredient this product boleh click  link  kat bawah ni :

DIRECTD GADGET MEGA STORE PETALING JAYA

Assalamualaikum..


DIRECT-D ADDRESS:
LOT 11, JALAN 51A/219, 46100 , PETALING JAYA


LINK DIRECT-D
Facebook Direct D
Direct D online


Korang pernah dengar tak DIRECT-D ? Mestilah pernah kan , company yang besar kot tipulah tak pernah dengar. Haa, baru baru ni Direct D ada melancarkan "Mega Store" disebelah Lebuhraya Persekutuan  (Federal Highway) berdekatan Avon dan Mazda Service Centre.  Yuyu pun ada pergi Huge Mega Tech Store - Direct D yang baru launch kat sana. Pergh , memang besar la tempat  tu ..  so korang boleh cari macam macam gadget  kat DirectD ni  . Mega Store ni dikatakan tempat pameran smartphone dan tablet terbesar di Malaysia dengan pilihan 1000 jenis aksesori. 

Malah kebanyakkan consumer mencari accessibility , better value , better connectivity choice , convenience , consumer service and quality . So , DirectD hope to serve those needs by providing a one stop solution to consumer connectivity needs.

























Sangat besar kan ? So, korang boleh borong gadget disini dengan harga yang berpatutan. Tambah tambah lagi tempatnya agak luas dan selesa. Direct D Huge Store ni dua tingkat dan tingkat atas and bawah juga mempunyai service centre . 

"Convenience , Comfort and Community". Haaaa,itu lah yang akan disediakan oleh DirectD , In terms of "Convenience ", customer now have close 300 different phone models and 1000 accessories to choose dfrom all under one roof, 100 over display model to test before making decision, Internet services by YES , telco services by major services such as Maxis , Digi and U mobile, apply for credit facilities , repair phone , trade in and others. Hebat kan ? Memang awesome sangt . Everything ada, so tak perlu risau . Satu store DirectD macam macam ada dan sangat memudahkan untuk semua customer. Manakala in terms of "Comfort" , show room ni mengikut keselesaan pengguna/ pembeli. Top priority , spacious showroom with ample seats , ample car parks and WiFi. In term of "Community" DirectD juga menyediakan tempat untuk customer register as membership. Membership ni banyak kelebihan juga tau ! Jangan lupa , kalau datang Direct D ni register lah sebagai membership kalau nak benefit. hiihi.. haaaa, nak tunjuk something jugak ni.. jeng jengg ~~




 OMG ! Iphone 6 GOLD . *crying 
Jom terjah ke Direct D sekarang ! wink winkkk. 









 
Copyright © Yuyurashid | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in